Thursday 30 May 2013

CUTI PENGGAL

Assalamualaikummmmm...

wah wah seronoknya bercuti  murid-murid semua ya..;-)
nampaknya dh seminggu berlalu cuti penggal persekolahan kali ini. Bermakna hanya tinggal lagi seminggu untuk murid-murid semua bersuka ria.haa..jangan asyik bersuka saja.. kerja sekolah yang cikgu bagi bertimbun tu jangan lupa siapkan yee..

Bagi murid-murid tahun 6, sepanjang cuti sekolah ni mereka dipenuhi dengan kelas tambahan dan teknik menjawab soalan bagi semua subjek. Belajar rajin-rajin ya murid-murid.


murid tahun 6 sedang mendengar Teknik Menjawab Soalan

Tuesday 21 May 2013

SELAMAT HENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Hmm..sedar tak sedar dah sampai pertengahan tahun, begitu pantas masa berlalu.dah exam pulak,lepas exam cuti lagi...jadi manfaatkanlah masa yang ada :) dengan sebaiknya. Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya. Pihak SK Kg Kedah mengucapkan selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun 2013 (20 Mei - 23 Mei) dengan iringan doa semoga berjaya dan sentiasa cemerlang semuanya..amin! :)

Doa (senjata) peperiksaan..kena usaha baca buku dan study juga ya :
Jangan lupa baca doa..semoga dipermudahkan soalan yang susah :)

Murid2 ce teka kelas mana ni? :)

HARI GURU SK KG KEDAH 2013

Segala pujian dan syukur kehadrat Ilahi, seperti dirancang program sambutan Hari Guru SKKK berjalan dengan lancar dan berjaya. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terlibat menjayakan program samaada secara langsung atau sebalik tadbir...GURU MALAYSIA : 1 Aspirasi, 1 Agenda..SELAMAT HARI GURU, CIKGU!
Program dimulakan dengan acara rasmi..perhimpunan pagi dengan nyanyian lagu negaraku bacaan perutusan hari guru

Deklamasi sajak oleh adik Fadhilah & Fatin bertajuk Guru Oh Guru, karya Usman Awanng.

 C. Jaafar meninggalkan SK Kg Kedah dan akan bersara pada akhir Mei 2013.

Pertandingan mewarna untuk murid tahap 1, My Wonderful Teachers :)

Sukaneka untuk murid tahap 2, murid perempuan dan guru perempuan sahaja :)

 Bergambar bersama guru setelah penat bersukaneka :)

 U.Shukri merenung masa hadapan..generasi SK Kg Kedah

 Peralawanan persahabatan diantara guru dan murid :)

 Orang kuat SK Kg Kedah, berehat di kantin setelah penat bermain bola :)

 Persembahan la pulak...setiap kelas membuat persembahan wajib sempena hari guru :)

Technician SK Kg Kedah aka kaki karaoke nih..tengah setting lagu baik punya!

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN FUTSAL SKKK 2013

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya, dan yang kalah tu cuba lagi lain kali :)
Juga jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan ini..
Keputusan perlawanan :
Johan : Team 3 (U. Shihan & Shukri)
Naib  : Team 6 (C. Chakra & En. Mazlan)
Ketiga: Team 4 (U.Hafiz & C.Jefri)

Peralawanan akhir (The Champion)
U.Hafiz pengadil perlawanan akhir,C,Chakra pemain harapan.. :)

Team 3, Johan Kejohanan Futsal SKKK edisi 2013 dibawah bimbingan U.Shukri dan U.Shihan.
Tahniah!

 Pengadil, C.Farood yang banyak membantu menjayakan kejohanan

 Penyokong setia, walaupun tewas tetap memberi sokongan :)

Barisan penyokong, pakguard (abg man) turut menyaksikan perlawanan.


Monday 20 May 2013

SEPARUH AKHIR KEJOHANAN FUTSAL SKKK 2013

Separuh akhir pertama : Team 6 vs Team 5 : 2-2 (*Team 6 layak dengan jaringan penalti 2-1)

Tu dia..geng kaya lwn geng miskin tanpa berbaju :), mohon sumbangan!

Separuh akhir kedua : Team 4 vs Team 3 : 2-3

Team bola jaring lwn bola sepak nih.. :)

Tahniah kepada pasukan yang layak ke perlawanan akhir..

Monday 13 May 2013

KEJOHANAN FUTSAL SK KG KEDAH 2013

*Esok 14 Mei 2013 (Selasa) perlawanan di antara Team 1&3 dan 5 jam 4-6 ptg di SKKK
Jadual perlawanan pada hari selasa :

Jadual perlawanan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir :

KEJOHANAN FUTSAL SK KG KEDAH KEMBALI LAGI..

Antara perlawanan yang telah berlangsung pada 13 Mei 2013 pada sebelah petang melibatkan Group A terdiri dari 3 pasukan.
Team 2 (C. Farood & Ameer)
Team 6 (C. Chakra & En. Mazlan)
Team 4 (U. Hafiz & C. Jefri)
Keputusan perlawanan :
P1 : Team 2 vs Team 6 : 0-4
P2 : Team 2 vs Team 4 : 0-0
P3 : Team 4 vs Team 2 : 4-3
* Team 6 dan 4 layak ke pusingan seterusnya (Separuh Akhir) pada hari rabu 15/03/2013 jam 5 ptg.

 Kapten menggelecek 2 org pemain...hebat demo!

 C.Farood sedia untuk menembak ke arah gol

 Team 4 geng U.Hafiz,ni bkn team bola jaring ye :)
U.Shihan pengadil perlawanan diimport dari FIFA dengan bayaran air sirap 2 gelas :)